BETONG 20 Mei – Seorang warga emas melecur kaki dan tangan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman, rumah kedai, stor penyimpanan minyak dan kilang papan di Kampung Tengah Beladin, Pusa pada awal pagi tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 1.10 pagi. Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong seramai 10 orang diketuai Ketua Balainya, Vincent Baling Yabi digerakkan ke tempat kejadian. “Setibanya di tempat kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan empat bangunan yang mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya