PUTRAJAYA – Sebanyak 27 daripada 41 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata, baki 14 lagi perlawanan disiarkan secara tertunda. Bagaimanapun katanya, pemilihan perlawanan yang akan disiarkan secara langsung atau tertunda akan dimaklumkan kemudian. “Dari segi jumlah pembayaran hak penyiaran kepada RTM ia akan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang medianya esok. “Difahamkan, jumlah siling bagi pembayaran hak penyiaran perlawanan berkenaan ialah sebanyak RM40juta,” katanya. -K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya