KOTA KINABALU 12 Mei – Rombongan Istana Negeri Sabah berjumpa dengan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu di Luyang, dekat sini petang ini. Rombongan itu tiba kira-kira pukul 2 petang dan mengadakan perjumpaan dengan Mohd. Shafie selama kira-kira 30 minit, sebelum wakil istana itu meninggalkan kediaman berkenaan. Bagaimanapun, tujuan perjumpaan itu tidak diketahui. Tengah hari tadi, Mohd. Shafie memberitahu, beliau belum dimaklumkan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah baharu pada malam ini di Istana Negeri Sabah. Mohd. Shafie berkata, pihaknya masih menunggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya