SEREMBAN 16 Mei – Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu RM6.50 seorang. Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, demi memberikan kemudahan terbaik kepada pembayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan nanti. “Pembukaan kaunter setiap hari itu adalah untuk memudahkan umat Islam menunaikan pembayaran zakat fitrah dan zakat harta sepanjang Ramadan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Nor Azmi memberitahu, waktu urusan kaunter bagi Sabtu, Ahad dan cuti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya