KUALA LUMPUR 25 Mei – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan telah menemukan wang sebanyak RM114 juta daripada 35 beg berjenama yang dirampas dari sebuah kediaman di Pavilion Residences, Jumaat lalu berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya juga menemukan 37 beg yang berisi pelbagai barangan kemas dan jam tangan berjenama. Jelasnya, buat masa ini jumlah anggaran barangan kemas tersebut masih belum diperoleh dan proses berkenaan akan dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak. “Kita mendapati wang tunai dirampas itu membabitkan ringgit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya