KUALA LUMPUR 10 Mei – Ringgit dalam pasaran luar pesisir menyusut 1.7 peratus kepada RM4.0461 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Berdasarkan data Bloomberg, dolar Singapura juga menyusut berbanding ringgit, menurun 0.4 peratus kepada RM2.935, mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun. Pasaran bursa dan mata wang di Malaysia ditutup dua hari sempena kemenangan PH. Menurut RHB Research Institute, pasaran saham akan menyaksikan jualan secara pantas apabila pasaran dibuka semula memandangkan risiko premium negara yang lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya