KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pemulihan permintaan terhadap unit tempatan itu serta seiring dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik, kata seorang peniaga. Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu disebut pada 3.9800/9850 berbanding 3.9870/9900 sewaktu ditutup pada Rabu. Seorang peniaga berkata, pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda. Sebahagian daripada pemulihan itu didorong oleh laporan bahawa dua parti terbabit kini berusaha untuk membentuk kerajaan, sekali gus mengelak negara itu kembali ke medan pilihan raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya