KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan kekurangan minat terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang peniaga. Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 3.9810/9860 berbanding paras 3.9790/9830 pada Jumaat minggu lepas. Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, meskipun sentimen risiko yang lebih baik sedikit berikutan berita positif rundingan Korea Utara-Amerika Syarikat, situasi sukarnya adalah berkaitan perbincangan hutang kerajaan. “Ringgit dijangka mengulangi prestasi minggu lepas, kemungkinan dalam jajaran paras sokongan dan zon ketahanan 3.95-4.00. “Keadaan tidak menentu politik tempatan masih kekal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya