JAKARTA – Beribu-ribu rakyat Indonesia beragama Islam semalam mengadakan bantahan terhadap keputusan kontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada Disember lalu. Kumpulan penunjuk perasaan itu berhimpun di taman Monumen Kebangsaan di Jakarta sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk. Pentadbiran Trump juga dilaporkan akan memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis pada Isnin ini. Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengulangi sokongan Indonesia terhadap rakyat Palestin. “Kami bersama-sama dengan semua rakyat Indonesia akan terus berjuang bersama warga Palestin. Palestin sentiasa berada dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya