KUALA LUMPUR 16 Mei – Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini bagi menyambut pembebasan Penasihat PKR selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, hari ini. Rata-rata penyokong pemimpin itu hadir seawal pukul 8 pagi bersama sepanduk yang dipenuhi dengan kata-kata ucapan Pembebasan Anwar dan melaungkan slogan Reformasi berulang kali. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, pada 2015. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya