SAMA-sama mendukung aspirasi mengutamakan kerjaya sebelum memikirkan soal cinta, dua figura jelita, Farah Nabilah dan Puteri Aishah boleh dilabel antara generasi aktres yang mempunyai pakej seimbang untuk terus menyinari landskap seni lakonan tanah air. Sengaja Kosmo! menggabungkan Farah dan Puteri bukan semata-mata ingin menjentik cerita peribadi, namun atas tiket ingin menyelami perasaan bintang yang semakin bersinar itu. Biarpun kedua-duanya acap kali memberikan jawapan ‘selamat’ berhubung cinta atau jodoh, mereka tetap mengakui apabila sudah sampai waktunya kelak, cinta dan jodoh pasti bertamu, tinggal lagi cepat atau lambat untuk menghiasi taman jiwa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya