SABAK BERNAM 13 Mei – Seorang remaja lelaki maut manakala seorang rakannya cedera apabila motosikal ditunggang secara berasingan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 61, Jalan Teluk Intan- Klang, Sungai Besar, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa Muhammad Luqman Md. Zainuddin, 15, meninggal dunia dilokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira manakala rakannya berusia 18 tahun pula mengalami kecederaan kecil di bahagian tangan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal ketiga-tiga kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya