LIMBANG – Malang menimpa seorang remaja lelaki apabila dia menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max di Kilometer 12, Jalan Nanga di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Iskandar Zulkarnain Apandi, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala dan kakinya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal itu seorang diri dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Limbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya