SUKARELA. Seramai 37 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersama-sama mengadakan rondaan secara sukarela mencegah aktiviti jenayah di beberapa kawasan di daerah Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini. Antara lokasi yang terlibat ialah di Taman Aman, Taman Meranti, Taman Bukit Riah dan Felda Lepang Nenering. Rondaan sukarela itu bertujuan membantu pihak berkuasa mengatasi masalah jenayah yang berleluasa di kawasan tersebut. Turut hadir Pemangku Pegawai Rela Daerah Pengkalan Hulu, Mohd. Farizan Md. Radzi.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya