KERJASAMA. Sekumpulan petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu warga Felda menjayakan program gotong-royong perdana di Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini. Objektif program itu adalah untuk menggalakkan semua penduduk agar lebih mementingkan kebersihan selain dapat mengeratkan hubungan antara warga Felda dan Rela serta APM. Hadir sama pada program itu ialah Pengurus Felda Lepang Nenering Satu, Mohd. Afdal Ismail dan Pemangku Pegawai Rela daerah, Mohd. Farizan Md. Radzi.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya