PAHOA 13 Mei – Satu rekahan baharu yang mengeluarkan bunyi ngauman seperti enjin jet selain menghamburkan magma, terbuka di Gunung Berapi Kilauea, Hawaii semalam, yang turut memancutkan lava setinggi bangunan empat tingkat. Rekahan di ladang rumput di bahagian timur Kilauea tersebut merupakan kali ke-16 dilaporkan sejak gunung berapi itu meletus lapan hari lalu. Ribuan penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah mereka di Big Island, Hawaii disebabkan lava dan gas bertoksid selain mengakibatkan puluhan rumah musnah, lapor Channel News Asia. Rekahan baharu itu mula terbentuk kira-kira 1.6 kilometer ke timur sistem…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya