SYUKUR kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita berpeluang menyambut fajar 1 Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan satu Ramadan disambut dengan penuh ketenangan walaupun negara kita baru sahaja melalui pesta demokrasi berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada minggu lalu. Penulis tidak berhasrat mengulas mengenai pilihan raya tersebut kerana rakyat sudah membuat keputusan. Kita perlu menghormati proses demokrasi yang berlaku. Tidak perlu berhujah panjang, berdebat atau mencetuskan polemik kerana semuanya sudah berakhir. Cukup-cukuplah kita berpolitik. Biarkanlah kerajaan sedia ada menjalankan tugasnya manakala pihak yang tewas pula membuat kajian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya