MUAR, 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim dan isteri, Datin Seri Melissa Shireen mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Menanti, di sini pukul 9.55 pagi tadi. Penyandang kerusi Parlimen berkenaan selama tiga penggal itu tiba di pusat tersebut pukul 9.45 pagi. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, beliau ditentang calon PKR, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan calon Pas, Abdul Aziz Talib. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya