SEGALANYA berlaku terlalu pantas, tidak pernah terduga mahupun terlintas di benak fikiran Zahir. Wajahnya diselubungi kegusaran. Matanya masih terpana melihat ibu yang sedang tidur nyenyak bagai didendang. Mungkin kesan bius masih belum hilang. Beberapa minggu lepas, ibunya ada mengadu tapak kakinya terasa seperti dicucuk-cucuk. Tapi itu bukanlah kali pertama ibunya mengadu seperti itu. Sudah beberapa kali Zahir mengurut kaki ibunya dengan minyak gamat. Tapi sakit ibu tidak reda, bahkan ibu mula demam hingga mengigil-gigil. “Ibu, marilah pergi klinik, makin teruk Zahir tengok keadaan ibu ni, melarat nanti”. Zahir memujuk ibunya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya