KUALA SELANGOR 20 Mei – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM67,800 kepada anak-anak yatim di daerah Kuala Selangor. Baginda menyampaikan sumbangan itu kepada 678 anak-anak yatim dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini hari ini. Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang mana setiap anak yatim menerima RM100 bagi membantu persiapan menyambut hari raya. Pada masa sama, baginda turut mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa atau dikenali sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya