SOCHI 18 Mei – Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Presiden Syria Bashar al-Assad semalam bahawa ‘tentera bersenjata asing’ akan meninggalkan Syria, menurut agensi berita Syria, SANA. Assad yang mengadakan lawatan mengejut ke Rusia bersama-sama rakan sejawatannya, Putin, memuji permulaan proses politik di Syria ketika peperangan menentang keganasan yang berterusan. CNN melaporkan, Amerika Syarikat, Iran, Turki, Rusia dan beberapa negara lain mempunyai tentera di Syria. Rusia muncul sebagai penyokong Assad paling kuat, membantu menumbangkan pemberontakan menentang Presiden Syria apabila ia campur tangan bagi pihaknya pada 2015.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya