PONTIAN 17 Mei – Menurut legenda, Taman Negara Johor Pulau Kukup (TNJPK) di sini asalnya merupakan sebuah pulau yang cantik dan menjadi tempat tinggal lima puteri bunian dengan menjadikan pulau itu sebagai tempat bermain dan bergurau senda. Bagaimanapun seorang puteri dikatakan jatuh hati dengan seorang pedagang yang singgah di pulau tersebut namun dibantah empat lagi puteri, tetapi puteri berkenaan tetap berkahwin dengan pedagang itu. Akibatnya keempat-empat puteri tersebut berpakat melenyapkan TNJPK. Diceritakan apabila muncul kembali selang beberapa tahun, pulau tersebut telah ditumbuhi paya bakau dan tidak boleh menjadi penempatan penduduk.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya