KUALA LUMPUR – Presiden Iran, Dr. Hassan Rouhani mengutuskan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Dr. Hassan berharap hubungan mesra antara Iran dan Malaysia dapat diperluaskan, seperti pada masa lalu, selain meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang berlainan serta perpaduan umat Islam. “Saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa agar anda (Dr Mahathir) diberi kesihatan baik dan kemakmuran serta kebahagiaan, selain kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan tahniah itu. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya