IPOH 24 Mei – Sebanyak 1,600 bekas berisi bubur lambuk diagihkan kepada anggota polis dan orang awam di Bulatan Sultan Abdul Aziz sini semalam. Majlis pengagihan bubur lambuk berkenaan disempurnakan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan. Menurut Hasnan, bubur lambuk berkenaan dimasak secara gotong-royong oleh 200 anggota termasuk ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) negeri dan pihak maggi. Beliau berkata, pada program kali ini, maggi bukan sahaja menaja bahan asas bubur lambuk malah menyediakan seorang cef bagi membantu memasak. “Gotong-royong memasak bubur ini telah bermula pada pukul 6 pagi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya