KUCHING – Polis menahan 19 individu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi 16 serbuan yang dilakukan di tujuh daerah di negeri ini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua suspek yang dicekup itu berusia antara 17 hingga 51 tahun. Menurutnya, hasil risikan polis, serbuan telah dilakukan di pusat-pusat menjual nombor loteri haram, judi dalam talian serta judi holo. “Kesemua serbuan itu dijalankan di Kuching, Padawan, Sri Aman, Sarikei Sibu, Bintulu dan Miri. “Hasil serbuan, polis berjaya merampas 12 unit telefon bimbit,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya