KUCHING – Seramai 11 individu dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi lapan serbuan berasingan yang dilaksanakan di tujuh daerah di negeri ini semalam. Serbuan selama tujuh jam itu dilakukan mulai pukul 12 tengah hari hingga 7 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu yang diberkas itu berusia antara 18 hingga 63 tahun. Jelas beliau, enam serbuan telah…










