BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam mengulangi bahawa pilihan raya umum akan berlangsung ‘awal tahun 2019 dan bukannya lebih awal’, ketika beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di Bangkok untuk mendesak supaya pemilihan itu diadakan pada November depan. Kumpulan penunjuk perasaan yang sebahagiannya mengibarkan bendera Thailand, berarak dari Universiti Thammasat tetapi disekat oleh barisan anggota polis memakai seragam hitam daripada berarak ke pejabat Perdana Menteri di Rumah Kerajaan. Sebilangan mereka menyerbu ke arah polis untuk meloloskan diri sementara kumpulan berasingan terdiri daripada kira-kira 80 orang bergerak ke ibu pejabat serantau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya