KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyertai kira-kira 10,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini. Dr. Mahathir tiba di masjid pada kira-kira pukul 1.30 petang dan terus menyertai jemaah di luar kawasan dewan solat utama. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk ‘Mensyukuri nikmat keamanan melalui tarbiyyah Ramadan’. Dr. Mahathir kemudian berangkat meninggalkan masjid diiringi dengan laungan kata-kata semangat daripada para jemaah yang hadir. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya