PUTRAJAYA 25 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di negara ini bersatu-padu dan mengelakkan pepecahan serta pemusuhan. Perdana Menteri berkata, beliau sedih atas perpecahan yang berlaku khususnya terhadap orang Melayu ekoran perbezaan fahaman politik. “Kita bukan sahaja Islam, tetapi pegangan kita sama iaitu bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah pimpinan Imam Shafie, sebab itu kita tidak berpecah kerana fahaman yang sama. “Malangnya Islam dipolitikkan dan perpecahan berlaku. Saya berdoa politik tidak memecahkan orang Melayu yang semuanya Islam dan bersaudara sebagai Islam,” katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar Pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya