KISAH yang dikongsikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad tentang pembelajaran al-Quran pada zaman kanak-kanaknya jarang-jarang diketahui oleh generasi hari ini. Menurut beliau, seawal umur empat tahun kebanyakan kanak-kanak seusianya dihantar belajar al-Quran dengan guru al-Quran yang sangat tegas. Lazimnya, mereka khatam al-Quran dua tahun kemudian. Mereka juga perlu khatam al-Quran sebelum berkhatan. Begitu juga dengan anak-anak perempuan, mereka yang tidak khatam al-Quran dianggap belum layak mendirikan rumah tangga. Bahkan Syaikh Ismail, 74, menceritakan, pemuda yang mempunyai pendidikan al-Quran sekitar tahun 1960-an laris seperti pisang goreng…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya