BANGKOK 24 Mei – Lee Zii Jia gagal mengikut rentak permainan pantas Jonatan Christie pada aksi perseorangan kedua sebelum tewas 15-21, 21-11, 13-21 di Impact Arena di sini, sebentar tadi. Kekalahan itu menyebabkan Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Indonesia dalam suku akhir Piala Thomas. Beregu muda, Aaron Chiah-Teo Ee Yi kini menjadi harapan Malaysia untuk menghidupkan peluang apabila bertemu Fajar Alfian-Mohamad Rian Ardianto. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya