BANGKOK 24 Mei – Datuk Lee Chong Wei membantu Malaysia bermula langkah kanan dalam suku akhir badminton Piala Thomas apabila mengutip mata pertama pasukan di Impact Arena, di sini hari ini. Chong Wei diberi tentangan di set pertama, namun tidak menghadapi banyak masalah di set berikutnya apabila menewaskan perseorangan pertama Indonesia, Anthony Ginting 21-19, 21-16. Cabaran Malaysia kini akan diteruskan beregu pertama, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang akan menentang pasangan No. 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya