PUTRAJAYA 30 Mei – RTM hanya akan menayangkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan hanya 27 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala bakinya secara siaran tertunda. Format ini sama dengan siaran Piala Dunia pada 2014 di Brazil, di mana RTM menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perincian kos pembayaran hak penyiaran Piala Dunia 2018 itu akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Sebahagian kos dijangka akan ditampung oleh penaja,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya