RAUB – Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri di tandas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Balai Raya, Kampung Cina Sempalit di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, Rozaliza Mohd. Said, 49, disahkan meninggal dunia oleh petugas dari hospital Raub yang tiba di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dari Lorong Sempam…










