Pesawat PBB terhempas,5 cedera - Utusan Malaysia

Pesawat PBB terhempas,5 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANANGA 31 Mei – Sebanyak lima orang cedera apabila sebuah pesawat ringan yang dikendalikan oleh perkhidmatan udara kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbalik di landasan kapal terbang di Congo, semalam. Kemalangan berlaku semasa pesawat jenis Cessna itu cuba berlepas dari sebuah landasan di kawasan pedalaman di Kamonia, tengah wilayah Kasai. Program Makanan Sedunia (WFP) yang mengendalikan perkhidmatan udara PBB, UNHAS berkata, dua krew penerbangan dan tiga orang penumpang yang cedera ringan dibawa ke sebuah hospital tempatan dengan punca nahas sedang disiasat. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya