KULIM – Kerajaan Pakatan Harapan akan membuat kajian terperinci untuk mengkaji beberapa peruntukan dan akta sedia ada bagi mempercepatkan pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membuat perincian bagaimana skim itu dapat dilaksanakan. “Kita dapati ada peruntukan perundangan yang tidak membenarkan pelepasan ini. Maka, kita nak lihat macam mana ia boleh dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah keluarga mangsa tragedi lemas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya