KUALA LUMPUR 21 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan waktu operasi bagi kaunter bayaran di Menara 1 dan 2 serta kaunter pandu lalu sepanjang Ramadan ini. DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah itu bertujuan memudahkan orang ramai serta kakitangan bertugas membuat persediaan untuk berbuka puasa. “Kaunter akan dibuka pada pukul 7.30 pagi dan ditutup 4.30 petang bermula 17 Mei lalu hingga 15 Jun ini. “Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan mengambil perhatian berhubung perubahan waktu operasi kaunter bayaran tersebut,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya