SEOUL – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan pertemuan mengejut dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semalam bertujuan untuk memastikan kejayaan sidang kemuncak antara Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata beberapa pegawai Seoul. Pertemuan tidak dirancang antara Jae-in dan Jong-un berlangsung di kampung sempadan, Panmunjom dan berlaku sebulan selepas mereka berjumpa pada sidang kemuncak pertama antara Korea Selatan dan Korea Utara dalam tempoh lebih sedekad, juga di lokasi sama. Pada sidang kemuncak pertama mereka, Jae-in dan Jong-un mengisytiharkan akan menjadikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear. “Jae-in…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya