Belum duduk sudah berlunjur. Begitulah sikap para pemain dan staf kejurulatihan Real Madrid bahkan media Sepanyol seolah-olah lupa bola itu bulat apabila begitu angkuh sekali meramalkan kelab gergasi La Liga itu menang mudah ke atas Liverpool menjelang aksi final Liga Juara-Juara awal pagi esok. Malah, bekas jurulatih Los Blancos dan Sepanyol, Vicente del Bosque dengan nada sombong menggambarkan final itu sebagai laluan mudah Real selain memaklumkan tiada seorang pun pemain Liverpool layak dalam kesebelasan utama gergasi La Liga itu. “Real merupakan skuad hebat dan kelab terbaik di Eropah ketika ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya