KUALA LUMPUR 11 Mei – Tan Sri Annuar Musa mencipta kejutan apabila namanya tiba-tiba berada dalam senarai calon untuk merebut kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang pertama kali dalam sejarah bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru untuk jawatan berkenaan. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dalam kenyataan akhbarnya hari ini berkata, tiga individu bakal bersaing untuk jawatan yang akan dipilih dalam Kongres FAM pada Julai nanti iaitu Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi dan Annuar, yang merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya