KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan mengembalikan bayaran penuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli, melakukan servis serta pembelian alat ganti kereta jenama itu bagi tempoh 18 hingga 31 Mei 2018 sebelum GST berkadar sifar dilaksanakan pada 1 Jun ini. Malah, bermula esok juga, para pelanggan Perodua akan menerima rebat tunai segera sebanyak 6.0 peratus bagi kenderaan yang diservis. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Zahari Husin berkata, pengeluar kereta itu akan memulangkan sepenuhnya jumlah GST itu secara tunai kepada pelanggan yang mendaftar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya