KANGAR – Kuala Perlis yang merupakan perkampungan nelayan terkenal di negeri ini telah menjadi tumpuan ratusan ikan lumba-lumba mencari sumber makanan sejak hujung Januari lalu. Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat nelayan di sekitar Kuala Perlis sejak Januari lalu, mereka pernah terserempak dengan haiwan itu. “Ikan lumba-lumba itu dilihat menghampiri pinggir pantai untuk mencari makanan seperti anak ikan belanak, kedera dan udang,” katanya ketika dihubungi semalam. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Perlis, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya sering menemui ikan lumba-lumba spesies…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya