KUALA LUMPUR 25 Mei – Penyusunan semula lorong di sepanjang Jalan Kepong (arah Sungai Buloh), Pekan Lama Kepong akan dilakukan bermula Ahad ini (27 Mei) sehingga 27 Julai. Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn. Bhd., penyusunan lorong sejauh 100 meter bermula dari lot kedai Pekan Lama Kepong sehingga Shell Kepong itu dibuat selama 24 jam setiap hari berikutan kerja-kerja penyambungan paip air dan kerja yang berkaitan. Sebanyak dua lorong akan dikekalkan untuk pemandu yang menuju ke arah Sungai Buloh. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya