KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) sentiasa telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka sekali gus menafikan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa paras hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan dan liabiliti kini mencecah RM1.087 trilion. NAJIB Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua angka-angka tersebut telah diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, Laporan Bank Negara Malaysia, Laporan Akauntan Negara, Laporan Audit Negara setiap tahun tanpa gagal. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan memberitahu, analisis-analisis pasaran, para penganalisis ekonomi dan para pelabur turut menyedari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya