KOTA MARUDU – Polis sedang mengesan pemburu haram yang dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang patah sehingga menyebabkan seorang penoreh getah cedera parah di Kampung Maringgan di Pitas semalam. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Justin Doimin @ Doiman, 43, mengalami kecederaan pada bahagian muka, leher, dada dan bahu sebelah kiri kesan tembakan tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati sebelum insiden mangsa yang sedang menoreh di kebun getah majikannya terdengar satu bunyi letupan dan secara tiba-tiba dia berasa sakit lalu pengsan selama tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya