PUTRAJAYA – Para peniaga bakal berdepan tindakan undang-undang jika masih menjual barangan dengan mengekalkan kadar 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna yang bermula Jumaat ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Roslan Mahyuddin berkata, golongan peniaga yang ingkar itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Justeru, katanya pegawai dan anggota penguat kuasa akan membuat pemeriksaan harga di premis-premis bagi memastikan arahan itu dipatuhi pada 1 Jun ini. “Bermula Jumaat ini, semua peniaga harus mengenakan sifar GST ke atas barangan. Jika ada peniaga yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya