KEPALA BATAS 25 Mei – Seorang pengurus restoran yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung di Jitra, Kedah maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 116 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, dekat sini petang tadi. Dalam kejadian lebih kurang pukul 2.30 petang itu, mangsa Nurul Ashikin Mohamad Yusni, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 merempuh belakang lori ais yang rosak dan berhenti di lorong kecemasan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lori yang sedang dalam perjalanan dari Seberang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya