KUALA LUMPUR – Proses pengundian di kebanyakan pusat-pusat mengundi masih berjalan rancak tengah hari ini dengan peratusan mengundi di seluruh negara mencecah 55 peratus setakat 1 tengah hari. Orang ramai masih tidak putus-putus membanjiri pusat-pusat tersebut walaupun terpaksa beratur panjang dan berpayung dalam keadaan cuaca panas di kebanyakan kawasan. Ada yang dilaporkan terpaksa beratur panjang untuk mengundi. Contohnya, di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, di sini pemilih dilihat tetap sabar beratur menunggu giliran untuk mengundi mengikut saluran masing-masing meskipun cuaca panas. Bagaimanapun, ada pusat pengundian yang ditutup awal disebabkan urusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya