PASIR SALAK 13 Mei – Pengundi di Sungai Manik menyokong keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan itu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang menyokong Pakatan Harapan Perak demi kepentingan rakyat di kawasan ini. Seorang penduduk, Abdul Halim Jalaini, 50, berkata, beliau percaya keputusan yang diambil Zainol Fadzi itu bagi memastikan rakyat Sungai Manik terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan. Menurutnya, sebagai seorang bekas exco yang sudah berpengalaman dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, sudah tentu keputusan yang dibuat Zainol Fadzi dipertimbang semasak-masaknya. “Saya berpendapat keputusan Zainol dibuat demi kepentingan rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya