KUALA LUMPUR 24 Mei – Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan terdahulu dengan kerajaan Bangladesh berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta pekerja negara itu ke negara ini dalam masa tiga tahun yang dimeterai pada tahun 2016 akan dikaji semula dalam masa terdekat. Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran berkata, perkara tersebut adalah kerana kerajaan kini ingin mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. “Kita tahu masalah berkenaan gaji adalah antara faktor menyumbang kepada masalah lambakan pekerja asing dan kementerian akan bermesyuarat berkenaan gaji minimum dalam masa beberapa minggu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya